Jaya Cool Service ("kami") menghormati privasi pelanggan kami. Dasar privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi yang anda kongsikan dengan kami melalui laman web ini, WhatsApp, telefon atau borang pertanyaan.
Maklumat Yang Kami Kumpul
Apabila anda menghubungi kami melalui borang pertanyaan di laman web ini, kami mungkin mengumpul maklumat berikut:
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Alamat e-mel (jika diberikan)
- Alamat / lokasi perkhidmatan
- Butiran perkhidmatan yang diminta
Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda
Maklumat yang dikumpul digunakan semata-mata untuk:
- Menghubungi anda berkaitan pertanyaan atau tempahan servis
- Menjadualkan dan melaksanakan perkhidmatan aircond yang diminta
- Memberikan sebut harga dan maklumat berkaitan perkhidmatan kami
Kami tidak menjual, menyewakan atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Perlindungan Maklumat
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat peribadi yang anda kongsikan dengan kami daripada akses, penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
Borang Pertanyaan & WhatsApp
Borang pertanyaan di laman web ini akan menjana mesej WhatsApp yang anda hantar secara terus kepada kami, maklumat yang anda isi tidak disimpan di pelayan laman web ini, sebaliknya dihantar terus melalui aplikasi WhatsApp anda.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini, sila hubungi kami di jayacoolservice6@gmail.com atau 018-760 3497.
